Kategori Berita Antarabangsa

Kanak-kanak 3 tahun punca apartmen terbakar

30 DIS: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang bermain dengan dapur memasak, secara tidak sengaja menyalakan api hingga menyebabkan kebakaran, di sebuah bangunan apartmen di New York.

Laporan media tempatan menyebut kejadian itu menyebabkan 12 orang terbunuh termasuk empat kanak-kanak.

Kebakaran berlaku pada petang Khamis di bangunan pangsapuri 25 unit berhampiran Zoo Bronx, antara tarikan pelancongan paling popular di Amerika Syarikat (AS).

Empat masih kritikal akibat kebakaran yang disifatkan Datuk Bandar, Bill de Blasio sebagai ‘tragedi kebakaran terburuk di bandar ini sejak suku abad lalu.’

Pesuruhjaya Bomba, Daniel Nigro  berkata siasatan awal mendapati api bermula dari dapur di tingkat pertama.

“Ia berpunca dari seorang budak lelaki berusia tiga setengah tahun yang bermain dengan dapur memasak.

“Ibunya tidak menyedari kebakaran bermula dan hanya tersedar selepas budak itu menjerit,” katanya.

Ibu itu kemudian lari keluar dari kediaman bersama dua anaknya, dengan pintu terbuka menyebabkan api mula merebak ke tangga dan seluruh bangunan.

“Tangga itu seolah berfungsi seperti cerobong. Api merebak dengan pantas ke tingkat atas menyebabkan kebanyakan mangsa tidak sempat untuk bertindak,” kata Nigro.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 10:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: