Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kapal minyak hilang ditemui di Dumai

27 FEB: Kapal tangki minyak MT Pratama 128 yang dilaporkan hilang dari tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di jeti Tanjung Piai, Johor semalam ditemui di Perairan Dumai, Indonesia tengah hari tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, kapal terbabit dijumpai oleh Tentera Nasional Indonesia di perairan yang berjarak  210 kilometer dari Tanjung Piai.

“Siasatan awal mendapati kapal berkenaan dilarikan anak kapal itu sendiri.

“Kapal itu diawasi dengan radar, namun kita percaya kru terbabit mengambil kesempatan ketika pengawal rondaan pulang ke jeti,” lapor Utusan Online.

Zulkifli bagaimanapun berkata proses membawa balik kapal berkenaan masih dalam rundingan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2018 4:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: