Kategori Berita Antarabangsa

Kapal Sanchi masih terbakar

13 JAN: Walaupun selepas seminggu kejadian pelanggaran kapal tangki dari Iran, Sanchi dengan kapal China di Laut China Timur, kebakaran pada kapal tangki itu masih belum padam.

Malah, 31 anak kapalnya juga masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Rakaman udara yang diambil semalam oleh pasukan SAR dari China menunjukkan 14 kapal yang dikerahkan untuk memadamkan kebakaran kapal tangki berkenaan.

Sachi membawa hampir satu juta tong Kondesat iaitu sejenis minyak Ultra Ringan yang amat mudah terbakar ketika ia bertembung di laluan tersebut iaitu kira-kira 257 Kilometer dari Laut China.

Usaha mencari baki 31 daripada 32 anak kapal malang itu masih diteruskan selepas satu mayat dipercayai kru kapal ditemui beberapa hari lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 4:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: