Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kapten kapal MV Avatar ditemui lemas

15 JUN: Kapten MV Avatar yang dilaporkan hilang selepas kapal itu karam di perairan Tanjung Kling, semalam, ditemui lemas, pagi tadi.

Samuel Andrianto Hanuk, 52, ditemui lemas manakala seorang lagi anak kapal yang turut dilaporkan hilang sebelum ini, Hermawan, 35, ditemui selamat.

Kedua-dua mangsa yang juga warga Indonesia ditemui oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), jam 10 pagi 11.8 batu nautika dari barat daya perairan Tanjung Kling.

Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka, Kepten Maritim Ahmad Faridi Ferdaus, berkata mayat kru kapal yang memakai jaket keselamatan itu ditemui terapung.

“Rakan mangsa yang terselamat pula berada dalam rakit keselamatan.

“Mayat dan anak kapal yang terselamat tiba di Jeti Kampung Hailam, kira-kira jam 2 petang tadi,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula pada jam 7 pagi membabitkan anggota APMM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin, Jabatan Laut bersama enam aset dan sebuah ambulans.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 June 2017 3:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: