Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Karl Weigang sudah tiada

13 JUN: Bekas pengendali skuad bolasepak kebangsaan serta Perak, Karl Heinz Weigang, 82 meninggal dunia di negara kelahirannya, Jerman pagi tadi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Shahrul zaman Yahya yang mengesahkan berita berkenaan.

“Minggu ini merupakan minggu yang menyedihkan buat bola sepak Perak apabila kehilangan dua orang lagenda.

“Selepas kematian bekas pengurus pasukan, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar Jumaat lalu,.

“Perak kehilangan Weigang akibat serangan jantung di Jerman pagi tadi,” katanya, Selasa.

Weigang cukup dikenali pada era 1980 an selepas melakar sejarah membawa skuad kebangsaan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Munich 1980.

Weigang pernah membimbing Johor, Vietnam, Cameron dan beberapa pasukan lain, sepanjang penglibatan beliau dalam bidang kejurulatihan sejak 1964.

Beliau kali terakhir membimbing pasukan Perak, bagaimanapun meninggalkan pasukan itu pada Februari lalu selepas kontraknya ditamatkan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 5:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: