Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KPDNKK rancang karnival perkenal Malaysia negara hub francais

13 MEI : Bagi menjadikan Malaysia sebagai negara hub francais untuk pelbagai produk, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui kementeriannya iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan satu karnival secara besar-besaran dengan mengumpulkan 300 booth dalam karnival tersebut.

Katanya, karnival yang dirancang itu lebih memfokuskan kepada barangan tempatan untuk tujuan pemasaran kepada pelancong luar negara.

“Tahun ini kita berjaya membuat sekali lagi karnival kali ke-24, dimana ia sudah hampir pada tahun yang ke-25. Jadi kita merancang untuk membuat satu kelainan dengan mengadakan program besar-besaran.

Jadi kita akan mulakan pada tahun hadapan dengan membuat perbincangan dengan semua kementerian yang terlibat juga beberapa agensi untuk anjurkan program dengan lebih baik seperti yang kita rancangkan,” katanya ketika menghadiri Pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.

Tambah beliau, dengan adanya pelan induk yang bakal dibincangkan nanti, Hamzah berharap matlamat karnival itu dapat diperjelas dengan lebih teliti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 May 2017 3:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: