Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Karpal lepas jawatan Pengerusi DAP

29 MAC: Karpal Singh mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman kes hasutan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu menjatuhi hukuman denda RM4,000 ke atas Karpal selepas didapati bersalah melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.

karpaldapKarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau tidak lagi layak memegang jawatan berkenaan berikutan keputusan mahkamah itu.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, ia sejajar peruntukan Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 yang melarang sesiapa yang dijatuhi hukuman denda lebih daripada RM2,000 atau penjara setahun daripada memegang jawatan.

Bagaimanapun, beliau akan terus memegang jawatan ahli Parlimen Bukit Gelugor sehingga kesemua proses rayuan selesai dan statusnya diputuskan Dewan Rakyat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 March 2014 11:58 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: