Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Karpal pula buka mulut pasal kalimah Allah

10 JAN: Ibarat menangguk di air keruh apabila Pengerusi DAP Karpal Singh mengeluarkan kenyataan kaum Sikh akan terus guna kalimah Allah merujuk kepada Tuhan kerana tidak ada larangan berhubung penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat itu. 

Memetik laporannya dalam sebuah portal pro pembangkang, Karpal berpendapat perkara itu tidak berbangkit kerana yang hangat didebatkan ketika ini membabitkan penganut agama Kristian di negara ini sahaja. 

“Ia terdapat dalam kitab suci Sikh, Guru Granth Sahib, dan selama ini ia sudah ada. Kami akan terus menggunakannya.

karpalsgh“Saya tidak nampak sebarang masalah yang timbul, kerana sehingga ini ia tidak pun berbangkit,” kata Karpal ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat.

Memang benar isu ketika ini tidak membabitkan kaum Sikh tetapi tindakan Karpal mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan kontroversi sedia ada belum selesai hanya menambahkan lagi kecelaruanberhubung isu kalimah Allah oleh bukan Islam di negara ini. 

Adakah Karpal cuba mengambil kesempatan ataupun mencari ‘political mileage’ dalam isu ini?.

Sepatutnya,sebagai seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang dan masih lagi aktif di dalam bidang tersebut, Karpal boleh mengambil pendekatan yang lebih bijak untuk mengurangkan ketegangan yang sedia ada. 

Beliau tahu ketika ini sedang panas isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) minggu lalu selain kenyataan Pengarang The Herald Paderi Lawrence Andrew mahu kalimah Allah terus digunakan di gereja.   

Lagipun, Selangor tertakluk di bawah Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah bagi mereka yang bukan Islam, dan diatas perkara itu, JAIS mengambil langkah menjalankan serbuan tersebut.

Rakyat negara ini tentu tidak mahu Karpal dianggap cuba menambahkan kekeruhan isu ini lagi dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian padahal beliau boleh memilih pendekatan ‘tidak masuk campur’ dari awal lagi. 

Inilah politik yang cuba dimainkan oleh pembangkang, buka cuba untuk menjernihkan lagi keadaan, sebaliknya lebih gemar memarakkan api yang sedang menyala bagi mengelirukan rakyat. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 January 2014 9:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: