Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Karpal sahkan Anwar tidak boleh tanding di Kajang

8 MAC :  Karpal Singh, peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat, ketua pembangkang itu tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil di DUN  Kajang.

“Berikutan sabitan kesalahan beliau hari ini, Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya kecil Kajang pada 11 Mac (Selasa), ” katanya kepada pemberita di mahkamah pada Jumaat.

Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lalu.

anwarnoHakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendenga di ZDUnran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan terkhilaf dalam penemuannya bahawa sampel DNA digunakan dalam kes berkenaan, telah dicemar.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful (ketika itu berusia 23 tahun), di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 28 Jan tahun ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang untuk pilihan raya kecil Kajang setelah anggota dewan undangan negeri kawasan itu daripada PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan sehari sebelumnya.

Karpal Singh berkata mengikut Akta Pertubuhan, Anwar yang merupakan penasihat PKR, juga tidak boleh bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.

Katanya pihak pembelaan akan memfailkan rayuan Isnin ini selepas semua urusan ikat jamin selesai.

Beliau berkata mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Sementara itu  Anwar  berikrar bahawa ‘Langkah Kajang’ tidak akan terjejas walaupun beliau tidak boleh bertanding sebagai calon di Kajang

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan rumahnya di Segambut Dalam pada Jumaat, Anwar berkata, beliau akan terus memainkan peranan di Selangor.

“Saya tidak boleh bertanding, (tapi) saya akan memastikan dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat bahawa langkah Kajang tidak akan terjejas.

“Tidak kira siapa yang akan bertanding; mereka akan bertanding atas nama Pakatan, yang akan terus membangunkan Selangor.

“Saya akan terus memainkan peranan utama di Selangor,” kata Anwar. –bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2014 12:21 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: