Kategori Berita Utama

Karpal nafi minta pendaftaran PAS dibatalkan

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menafikan dakwaan beliau menggesa supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftaran dengan menyifatkan ia sebagai ‘tuduhan yang keji’.

“Benar, saya telah menyatakan parti politik dan persatuan profesional berasaskan kaum perlu membuka pintu kepada bangsa lain, termasuk PAS. Tetapi saya tidak pernah minta agar pendaftaran PAS dibatalkan pada sidang media itu.

“Saya cepat menambah bahawa PAS telah mengakui keperluan kepelbagaian kaum dengan mempunyai satu dewan himpunan penyokong bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Selasa, Karpal dilaporkan mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut menyelar Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

karpalnikaziz

Karpal tidak akan memohon maat

Kenyataan tokoh politik dan peguam veteran itu mendapat reaksi negatif daripada beberapa pemimpin PAS, yang mendakwa Karpal gagal memahami matlamat perjuangan parti itu.

Mereka turut menggesa Karpal menarik balik dan memohon maaf secara terbuka berhubung cadangannya itu.

Karpal menjelaskan apa yang diperkatakan oleh beliau dalam sidang media Selasa lalu, sebaliknya memberikan talian hayat kepada PAS.

“Saya tidak membawa PAS ke dalam jerat, sebaliknya saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas semangat perkauman. Saya telah menjelaskan kebenarannya,” katanya.

Oleh itu, beliau menambah permohonan maaf yang didesak oleh pimpinan PAS ‘tidak akan beliau lakukan’.

Bagaimanapun, beliau berkata dia tegas dalam kenyataannya mendesak agar pendaftaran PPMM dibatalkan. -8/20138/

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2013 4:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: