Kategori Berita Utama

Kassim Ahmad hadapi tuduhan hina agama Islam, ingkar arahan

27 MAC: Bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya  atas dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Kassim yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

kassimahmaddrKassim,81, dituduh mengikut Seksyen 7(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Umamuddin kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris.

Bulan lalu, Kassim dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian di Putrajaya, pada 15 dan 16 Februari lalu membuat kenyataan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini sudah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi .

Beliau dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad S.A.W .

Kassim ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kulim petang semalam di kediamannya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 11:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: