Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kastam tumpas sindiket ikrar mesin judi sebagai perabut

9 JULAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket mengikrarkan mesin judi yang diimport sebagai perabot di Pelabuhan Utara Pelabuhan Klang pada Mac lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T Subromaniam (foto) berkata, rampasan bernilai RM6.56 juta itu membabitkan nilai cukai berjumlah RM2.8 juta.

“Bertindak atas maklumat, hasil pemeriksaan bahagian penguatkuasaan mendapati lapan kontena itu mengandungi peralatan bagi menghasilkan kira-kira 1,227 mesin judi,” katanya.

Membuat ikrar yang tidak benar dalam Bill of Lading ke atas barangan yang memerlukan permit import, namun kesemua mesin judi disenaraikan sebagai barang yang dilarang import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 64, Jadual Ketiga Bahagian 1 kecuali dengan permit daripada Kementerian Kewangan.

Perbuatan mengimport barang-barang larangan adalah kesalahan di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda dari nilai barang dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barang, atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Subromaniam berkata susulan itu, dua suspek lelaki warga tempatan berusia 60-an dan 52 tahun itu direman lima hari selepas ditahan di Semenyih baru-baru ini.

“Kedua-dua lelaki terbabit ditahan di premis mereka dan dipercayai menjadi anggota sindiket untuk mengimport mesin judi dari China.

“Difahamkan kesemua mesin judi yang dirampas untuk digunakan di premis judi haram di negara ini,” katanya

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama kepada Kastam dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855.

Kastam memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan dan ganjaran berbentuk wang tunai akan disalurkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 July 2017 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: