Kategori Analisa Isu Semasa

KAUKUS:KESUNGGUHAN MP TUNAI AMANAH

3 DIS: Kaukus Parlimen mengenai Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) membabitkan pihak kerajaan dan pembangkang secara tidak langsung dapat membuktikan keseriusan wakil rakyat dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka oleh rakyat.

Ianya satu pendekatan politik baru apabila dua pihak dua bersama-sama mendengar dan menyuarakan pendapat mewakili rakyat dalam agenda TPPA yang amat penting dalam mencorakkan ekonomi negara pada masa depan.

Menurut Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad ini adalah satu rekod baru yang ditonjolkan ahli parlimen di negara ini dalam melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat dalam membentuk dasar termasuk soal memutuskan keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dan juga negara.

“Kalau berjaya kaukus ini, ianya akan menggantikan satu suasana dan budaya yang mana bukan kita sebagai seorang ahli politik mengambil satu pendirian untuk tujuan menjadi popular atau ingin menunjukkan kehebatan kita dan nak keluar dalam televisyen umpamanya, tetapi sebaliknya dengan cara bekerja yang profesional, serius demi meletakkan kepentingan negara dan rakyat di atas daripada kepentingan parti politik dan politik itu sendiri,” katanya.

tppaAhli Parlimen Johor Bharu itu  turut melihat satu lagi sudut positif di mana kaukus ini berjaya membuang stigma melibatkan pembangkang dan pemerinta yang kerap dikatakan tidak boleh duduk semeja dan bertukar pendapat.

Jelasnya, dengan pewujudan kaukus yang dicadangkan oleh pihak pembangkang ini, rakyat bakal mendapat manfaat dan kelebihan melalui pertukaran pendapat dan janaan idea yang berjaya dicapai dalam perbincangan jawatankuasa tidak rasmi ini.

“Kaukus ini menjadi dua pihak iaitu melibatkan pihak pemerintah dan juga wakil rakyat pembangkang boleh duduk semeja dan terlibat secara terus dengan pihak wakil kerajaan yang terlibat dengan kaukus TPPA ini.

“Ia dicadangkan oleh pihak pembangkang dan kita menerima dengan terbuka di mana kita bersetuju untuk mewujudkannya, dan kerajaan juga iaitu kabinet memberi pengiktirafan kepada kaukus itu sendiri.

“Kaukus memainkan satu peranan yang dibanggakan dari segi peranan parlimen, walaupun sebagai satu jawatankuasa yang tidak rasmi tetapi kalau kita berjaya menunjukkan kita boleh duduk semeja, dan boleh juga berinteraksi bertukar pendapat dengan kerajaan, ini sebenarnya menaikkan tahap penglibatan parlimen di dalam soal-soal yang penting mengenai negara.

“Ini satu gerakan ke depan kerana tidak pernah keadaan ini berlaku di mana parlimen dilibatkan secara terus, langsung

Minta Ahli BNBBC dan semua wakil rakyat BN hebah kajian TI kepada rakyat.

SHAHRIR…pandangan dua hala untuk kerajaan

dan begitu dua hala bukan sahaja pandangan kerajaan dan bukan bukan sahaja pandangan ahli parlimen pemerintah tetapi turut sama ialah ahli parlimen pembangkang,” kata Sharir lagi.

Menyentuh berkenaan soal pendedahan isi kandungan rundingan TPPA itu, Shahrir menjelaskan kesemua 13 negara yang terlibat dengan rundingan itu tidak mempunyai hak untuk mendedahkan apa-apa juga kandungan yang dibincangkan seperti yang didesak pembangkang.

Beliau menegaskan bahawa semua wakil rakyat mahupun ahli parlimen mana-mana negara yang terlibat dengan TPPA ini tidak mendapat akses untuk didedahkan dengan perincian rundingan kecuali juru runding yang sedia ada dilantik pihak kerajaan.

“Jadi takkanlah kita tidak boleh menerima hakikat yang disebutkan tadi bahawa biarlah perundingan itu berjalan dan kita menerima laporan itu dari semasa ke semasa dan kita melihat bahawa perunding-perunding kita mempunyai pendekatan yang begitu tegas untuk mempertahankan kepentingan negara.

“Jadi kalau dibukakan kepada semua, akhirnya nak runding apa? Kalau kita nak kata kita tidak percaya kepada perunding yang dilantik oleh kerajaan, tetapi kalau kita lihat pada Wikileaks yang terbaru mengenai harta intelektual kita tengok bahawa sebenarnya pendedahan ini menunjukkan bahawa sebenarnya Malaysia mempunyai pendirian yang begitu tegas.

 

“Dan yang didedahkan ini turut menunjukkan bahawa segala apa yang dirundingkan oleh TPPA tidak disampaikan kepada ahli parlimen Amerika Syarikat, hanya disampaikan kepada mereka yang menjadi perunding.

 

“Maknanya masih disemua negara yang terlibat dengan rundingan TPPA memang mengamalkan perundingan secara rahsia, tidak ada negara lain yang mendedahkan isi kandungan rundingan tersebut,” tegas beliau lagi.

 

Tambahnya lagi, isu TPPA ini harus ditangani dengan serius dan fokus bagi mengelakkan kerugian kepada rakyat serta negara sebagai komitmen kerajaan dalam memastikan tiada kesilapan yang timbul disebabkan oleh rundingan ini yang masih di peringkat perbincangan.

 

“Tidak ada yang biasa sebab ini luar biasa, tak pernah berlaku dan ini kita nak tegaskan supaya orang ramai faham ini bukan perkara biasa ini luar biasa, jadi kalau luar biasa kita tidak boleh jangkakan apa-apa sebab tak pernah ada contoh pun.

 

“Kita memahami dari segi pengalaman, bahawa pendirian Malaysia selama ini kita letak kepentingan rakyat dan negara dahulu dalam apa pun perundingan, tetapi kali ini bagi TPPA kita ambil langkah yang luar biasa pertama melibatkan kaukus parlimen di peringkat awal, kedua setelah selesai perundingan sebelum ditanda tangan ianya akan dibawa ke parlimen untuk persetujuan dan perbahasan, jadi maknanya bukanlah esok datangnya TPPA dan selesai dan ahli parlimen lain tidak tahu, ini satu yang istimewa,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2013 10:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: