Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kaum India dapat manfaat transformasi

Kerajaan akan terus mengamalkan keterangkuman, terutama dalam memastikan semua rakyat Malaysia, termasuk masyarakat India, mendapat manfaat daripada transformasi negara ke arah menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ini terbukti menerusi pelbagai inisiatif dalam pembentangan Bajet 2014 di Parlimen, yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan masyarakat India.

KEKAL...Datuk Seri Najib tidak dicabar

Najib Tun Razak

Ini termasuk RM100 juta dana tambahan untuk latihan kemahiran serta RM50 juta pinjaman yang akan dikeluarkan oleh Tekun Nasional bagi perusahaan kecil selain Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kerajaan juga akan merangka lebih banyak program khas untuk meningkatkan status masyarakat India, katanya.

“Kerajaan akan bekerja rapat dengan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk MyNadi Yayasan dan Pusat Sri Murugan dan beberapa NGO kaum India untuk bersama-sama membuat perubahan kepada masyarakat India.

“Saya berharap anda merasakan kerajaan prihatin terhadap anda, bahawa kerajaan benar-benar terangkum dalam semua yang kita lakukan,” kata Perdana Menteri pada sambutan perayaan Deepavali di sini hari ini.

Najib yang berada di sini untuk lawatan kerja lima hari, berkata dalam perjalanan ke arah menjadi ekonomi maju, sumbangan setiap kaum, sama ada kecil atau besar, perlu diperakui.
Masyarakat India memainkan peranan penting dalam tahun-tahun awal Kemerdekaan negara, pasca Merdeka dan dalam pembangunan Malaysia.

“Saya percaya mereka akan terus memainkan peranan penting dalam usaha kita mencapai matlamat untuk menjadi negara maju,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan. -31/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 October 2013 6:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: