Kategori Berita Utama

Kavyeas calon popular, kata penduduk Cameron Highlands

6 APRIL: Penduduk Cameron Highlands sebulat suara menyokong Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas dicalonkan untuk bertanding di kawasan parlimen berkenaan pada PRU14.

Perkara itu disuarakan oleh lebih 150 penduduk setempat terdiri wakil persatuan penduduk, peniaga, Tok Batin dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menghargai jasa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di kawasan itu sejak beberapa tahun dulu.

Malah, banyak bantuan diberikan olehnya sejak penyandang kerusi, Datuk Seri G Palanivel dipecat daripada MIC secara automatik susulan melanggar perlembagaan parti.

“Sejak 2015, Kayveas banyak menyalurkan bantuan serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi penduduk setempat tanpa mengira masa.

“Beliau dilihat sebagai pemimpin yang patut dipilih bagi mewakili  BN pada pilihan raya umum,” kata jurucakap kumpulan itu, Jackie Choo dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, faktor anak jati Cameron Highlands yang sudah pastinya memberikan kelebihan kepada Kavyeas untuk lebih memahami kehendak serta keperluan masyarakat setempat.

“Selain itu, berpengalaman beliau lebih 20 tahun sebagai pemimpin selaras adalah dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa pemilihan wakil perlulah dari kalangan pemimpin yang popular,  berpengalaman dan bekerja keras demi rakyat,” katanya lagi.

Sejak tahun lalu, kerusi Cameron Highlands menjadi rebutan antara MIC dan MyPPP.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata kerusi itu dimiliki partinya secara tradisi.

Pada masa sama, terdapat laporan bahawa UMNO kawasan berkenaan turut menuntut calon dari parti keramat Melayu itu mewakili BN pada PRU14.

Namun Kayveas dalam kenyataan sebelum ini masih bertekad tidak akan melepaskan kerusi Cameron Highlands kepada parti lain dalam komponen BN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 April 2018 8:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: