Kategori Berita Utama

Polis diharap umum siasatan ke atas simulator Kapten MH370

18 MAC: Pihak polis masih  menjalankan siasatan terhadap perisian program simulator milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, Sabtu lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil siasatan akan diumumkan oleh polis dalam masa terdekat.

“Semasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghadiri sidang media sebelum ini, tidak timbul perkara tersebut (simulator).

“Namun, saya percaya dalam masa terdekat ini polis akan memaklumkan hasil siasatan mereka berkenaan simulator kepada umum,” kata Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan dalam sidang media, di Sepang, Selasa.

Kandungan simulator Capt ZaharieMedia tempatan pada Isnin melaporkan siasatan kini dilakukan ke atas lima landasan lapangan terbang yang ditemui dalam perisian program simulator Zaharie.

Siasatan ke atas maklumat dan data penerbangan simulator yang dikendalikan Zaharie dikatakan paling penting, selain rekod penerbangan dengan MAS.

Antara perisian yang dikatakan telah diperiksa setakat ini ialah lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang markas tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia serta tiga lagi landasan India dan Sri Lanka yang kesemuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Hishammuddin dalam sidang media semalam bagaimanapun menafikan menafikan pesawat MAS MH370 mendarat di Diego Garcia.

kapten-mh370-dan simulatornyaSementara itu misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 kini tertumpu pada empat perkara iaitu mengumpul maklumat pemantauan satelit, analisis data radar, penambahan aset udara dan darat serta penambahan pakar teknikal.

Hishammuddin berkata, operasi mencari di koridor Utara dan Selatan ketika ini meliputi kawasan seluas 2.24 juta persegi batu nautika.

Operasi dipecahkan kepada 7 kuadron yang diketuai Australia dan Indonesia di koridor Selatan manakala China dan Kazakhstan di kawasan berhampiran di koridor Utara.

Katanya dua buah lagi kapal laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihantar untuk operasi mencari MH370 di koridor Selatan.

pchisham18mh Hishammuddin memaklumkannya situasi terbaru MH370 dalam sidang media yang turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua Pengarah  DCA, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas, Ahmad Jauhari Yahya di Sepang, petang Selasa.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa kerajaan Malaysia enggan berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai dari Amerika Syarikat (AS) yang ingin membantu mengesan kehilangan pesawat MH370.

Hishammuddin yang mempertahankan dakwaan tersebut menyatakan penyelarasan terhadap koordianasi setiap negara telah dilakukan termasuk menghubungi rakan sejawatannya dari AS dan China.

“Pagi ini, saya telah bercakap dengan (Setiausaha Pertahanan AS) Chuck Hagel dan kemudian saya juga menghubungi rakan di China,” katanya.

Hishammuddin turut menafikan bahawa beliau telah menyekat kedatangan pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk melakukan siasatan.

“Saya telah bekerja dengan mereka. Terpulang kepada FBI untuk memberitahu kami jika mereka memerlukan lebih banyak pakar untuk membantu kerana saya tidak mengetahui apa yang mereka mahukan lagi,” katanya.

Pegawai dari Malaysia pula berkata, mereka telah berhubung dengan FBI melalui kedutaan AS sejak hari pertama.

“Tidak kira apa yang orang cakap, kerjasama yang saya dapat dan usahakan  untuk Malaysia adalah sangat menggalakkan,” jelas Hishammuddin.

Menurut satu sumber yang terlibat dengan siasatan itu di Kuala Lumpur, sebuah pasukan FBI berada di Malaysia untuk menyelesaikan masalah.

Bagaimanapun dua pegawai berkenaan pada Isnin berkata mereka belum dijemput untuk menyertai usaha mencari MH370.

Dalam pada itu beliau berharap semua pihak tidak mempolitikkan kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing.

“Sebaliknya ketepikan perbezaan pendapat dan bersatu dalam pencarian pesawat itu,” katanya.

Pesawat Boeing 777- 200ER milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada awal pagi 8 Mac lalu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2014 7:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: