Kategori Berita Utama

Kawasan SAR semakin kecil, peralatan lebih spesifik digunakan

25 MAC : Misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 diterus dengan kawasan carian mula dikecilkan selain penggunaan peralatan yang lebih spesifik.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jika operasi SAR di dua koridor sebelum ini seluas 2.24 juta batu nautika persegi tetapi kini kawasan tumpuan seluas 469,407  batu nautika di selatan Lautan Hindi.

MH370 lautan hindi“Operasi SAR di bahagian utara iaitu berhampiran dengan Indonesia sudah dihentikan,” katanya ketika sidang media perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 di PWTC petang Selasa.

Hishammuddin turut memperincikan teknik analisis data satelit oleh Inmarsat bagi menentukan lokasi terakhir penerbangan MH370 yang jadi asas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Malah beliau menegaskan Malaysia akan tetap meneruskan misi mencari bangkai pesawat MH370 di Lautan Hindi walaupun negara yang menyertai misi SAR ketika ini ingin menarik diri.

Kronologi Satelit dan DoplerKatanya kerajaan juga bersedia mempertimbangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi merungkai kehilangan pesawat MH370.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pula berkata, berdasarkan rumusan hasil analisis data satelit, sukar untuk sesiapa terselamat apabila pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi selepas 18 hari ia hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan mengenai simulator yang dimiliki juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah terus berjalan dan Bukit Aman masih tunggu rakan luar negara untuk memberi maklumat siasatan.

Menurut beliau, hasil daripada data analisis yang baru ini, operasi SAR akan memberi fokus kepada empat kaedah iaitu mengumpul maklumat daripada pemantauan satelit, menganalisis data daripada radar, meningkatkan aset bantuan di udara dan lautan dan menambah pakar teknikal.

Dalam perkembangan lain, dua pesawat Korea telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Perth pagi tadi.

Bagaimanapun tiada pesawat berlepas dari Perth ke kawasan mencari kerana cuaca buruk.

Enam kapal China termasuk kapal pemecah ais ‘Xue Long’ pula ketika ini semakin menghampiri kawasan tersebut.

Manakala alat pengesan kotak hitam yang dihantar oleh Amerika Syarikat dijangka tiba di Perth esok. –bnbbc.my

IMG-20140325-WA0008

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2014 8:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: