Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kayveas tolak bertanding di Parlimen Segambut

16 APRIL: Presiden myPPP Tan Sri M Kayveas tidak akan bertanding di mana-mana kawasan selain Cameron Highlands.

Ia berikutan beliau telah ditawarkan untuk membuat pertimbangan bertanding di Parlimen Segambut.

Katanya, perkara itu sepatutnya dimaklumkan empat tahun lalu supaya segala gerak kerja boleh dibuat di kawasan tersebut.

“Kepada semua penyokong yang ternanti-nanti jawapan dengan penuh harapan, dukacita dimaklumkan #UncleBond telah diminta untuk mempertimbangkan berpindah ke #Segambut dan jawapan saya tidak!

“BN sepatutnya menawarkan saya empat tahun lalu dan dengan sokongan dan kepercayaan anda yang tidak berbelah bahagi terhadap saya, saya pastinya bekerja di sana sepertimana usaha saya di Cameron Highlands,” luahnya menerusi laman sosial akaun Instagram miliknya, mkayveas hari ini.

Beliau jelasnya lagi akan tetap pada pendirian untuk terus bekerja dan berkhidmat untuk rakyat di Cameron Highlands sebagaimana yang diharapkan penduduk di sana.

“Bagi pihak #UncleBond saya mendegar permintaan anda para penyokong yang meminta kami untuk mengekalkan posisi kami iaitu : PANTANG MENYERAH PANTANG BRRUNDUR.

“Saya beri jaminan kepada anda bahawa selama ini saya telah berkhidmat tanpa penat lelah walaupun tidak mempunyai sebarang kerusi maka saya akan teruskan perjalanan bersama anda sama ada dengan kerusi atau tidak.

“Itu janji saya kerana politik hanyalah platform dan saya masih boleh menyumbang untuk negara tercinta dan rakyat tanpa politik.

“Kebenarannya ialah kita masih pemenang kerana kita menggunakan wang dan jentera sendiri dan kita akan meneruskan dengan cara itu,” ujarnya lagi. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 4:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: