Kategori Berita Utama

KBS perkenal kursus digital untuk belia

18 JULAI : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini melancarkan pakatan dengan Microsoft Malaysia untuk memperkenalkan teknologi bertaraf dunia di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi mempersiapkan bakat muda Malaysia menghadapi Revolusi Perindustrian Ke 4.

Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin kerjasama dengan pihak microsoft ini merupakan antara langkah dalam menjadikan ILKBS lebih digital dengan menggunakan kursus atas talian.

“Dulu tak canggih sekarang kita nak menaiktaraf peralatan tambahan yang baru iaitu smart machine yang boleh dikawal dan dipantau atas talian terhadap apa yang dihasilkan oleh peralatan tersebut.

“Dengan peningkatan kemajuan teknologi industri pembuatan dan perkilangan pengusaha-pengusaha perniagaan temparan kini percaya bahawa mereka perlu menaiktaraf sistem perniagaan mereka kearah digital supaya tidak ketinggalan dalam arus revolusi perindustria ke-4, ” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘Digital ILKBS’ – Ke Arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kuala Lumpur, Khamis.

Inisiatif Digital ILKBS bertujuan membangunkan modal insan yang bersedia untuk memenuhi keperluan masa depan sebagai tindak balas terhadap persekitaran global yang berubah dengan melengkapkan golingan pendidik dan pelajar dengan alat-alat yang sewajarnya bagi mencapai hasil dan proses pembelajaran yang lebih baik.

Fasa kedua yang bermula Julai depan membabitkan latihan teknikal yang disediakan menerusi Sesi Secara Langsung, Bahan dalam Talian dan penggunaan alatan 3D.

Fasa ketiga pada 2019 akan menyaksikan aplikasi industri 4.0 menerusi modul Kilang Pintar yang akan meliputi pemesinan CNC, kawalan Mesin Pintar dan Pemantauan dan Pengawasan Dalam Talian.

Sejumlah lapan institusi yang akan melaksanakan kurikulum termasuk IKTBN Sepang, Dusun Tua, Bukit Mertajam, Pagoh,Temerloh, Chembong, Jitra dan Miri.

Sebelum ini KBS juga sudah melancarkan Program Kesedaran Atas Talian Celcom mendukung Aspirasi TN50 dengan kerjasama syarikat korporat bagi menangkis kadar kes berkaitan siber yang kini semakin meningkat.

Kesemuanya ini dibuat tanpa menunggu pelancaran yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada September ini.

Tambah Khairy, ia adalah sebagai langkah kerajaan yang lebih awal dalam menangani masalah masa depan negara yang dikenal pasti melalui TN50.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 January 2018 4:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: