Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KDN anjur dialog keselamatan antarabangsa

28 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menganjurkan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) pada Januari depan yang akan membincangkan isu-isu keselamatan antarabangsa.

PISD 2018 yang bertajuk ‘Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan’ adalah anjuran bersama Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Arab Saudi.

Foto ikhsan laman KDN.

KDN  dalam kenyataan pada Khamis berkata menteri dan timbalan menteri dari 20 negara termasuk Arab Saudi, Australia, Britain, Perancis dan Indonesia dijangka membentangkan saranan negara masing-masing pada dialog dua hari itu yang bermula 5 Jan depan disebuah hotel di Putrajaya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dijadual menyampaikan ucaptama pada hari kedua dialog berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 December 2017 8:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: