Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KDN beri surat tunjuk sebab untuk The Heat

19 DIS: Sebuah akhbar mingguan berbahasa Inggeris The Heat telah digantung penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk satu tempoh yang belum diketahui.

Penggantungan itu turut disahkan laman web versi digital akhbar berkenaan di www.theheat.my serta portal milik syarikat tersebut, The Ant Daily.

Pengumuman di internet

Pengumuman di internet

Laman web dan portal itu turut mengumumkan bahawa bagi mematuhi arahan KDN akhbar mingguan tersebut tidak akan diterbitkan pada 21 Disember seperti yang dijadualkan.

“Kami akan memaklumkan kepada pembaca, pelanggan dan pengiklan mengenai perkembangan lanjut melalui laman web ini dan lain-lain saluran.

“Pelanggan akan diberi ganti rugi yang sewajarnya, melalui lanjutan tempoh langganan secara automatik,” kata kenyataan dalam laman web dan portal berkenaan.

Akhbar mingguan itu yang memfokuskan kepada isu politik, ekonomi, dan sosial, dilaporkan menerima surat tunjuk sebab minggu lalu dan diberikan tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

Surat tunjuk sebab berkenaan tidak menyatakan secara spesifik mengenai sebarang artikel yang disiarkan akhbar itu yang menjadi punca penggantungan.

Namun ia dipercayai berhubung artikel bertajuk “Semua mata tertumpu kepada perbelanjaan besar oleh PM Najib” yang disiarkan pada edisi 23 hingga 29 November lalu yang jelas berunsur fitnah dan tidak berasas.-bnbbc.my

Akhbar Mingguan The Heat

Akhbar Mingguan The Heat

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2013 10:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: