Kategori Berita Utama

KDN gantung lesen syarikat keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengantung lesen syarikat kawalan di mana pengawalnya menembak mati pegawai bank serta melarikan wang dalam kejadian di Subang Jaya, Rabu.

Syarikat terbabit diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukan surat tunjuk sebab mengapa tindakan membatalkan lesen syarikat itu tidak boleh diambil.

mayatambank

Anggota polis mengangkat mayat pegawai Ambank yang maut ditembak pengawal keselamatan di Subang Jaya.

Difahamkan, tindakan itu susulan kegagalan syarikat berkenaan mematuhi syarat pengambil pengawal keselamatan, tidak ikut prosedur operasi standard dan penggunaan senjata api.

“Hanya Menteri Dalam Negeri boleh membenarkan rayuan mereka,” kata sumber kepada bnbbc.news.

Sementara itu, polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya.

Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: “Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini.”

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang. -24/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2013 4:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: