Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KDN, SKMM perlu tegas terhadap Namewee

18 FEB: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Namewee atau Wee Meng Chee susulan memuat naik video di media sosial pada 10 Feb lalu.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ismail Sabri Yaakob, perbuatan lelaki itu dikhuatiri  menimbulkan ketegangan kaum dan merosakkan keharmonian di negara ini.

Petikan video yang dimuat naik di media sosial

“Dia sudah melampau, sekali dua mungkin kita boleh maafkan tetapi saya anggap tindakan beliau kali ini adalah yang paling biadap. Dia cuba membuat provokasi yang melampau terhadap umat Islam.

“Adegan menari depan masjid, bagi saya, dia mencabar kita sebagai umat Islam di negara ini,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dan kenduri kampung di perkarangan Surau Kampung Paya Mengkuang Ladang di Bera, hari ini.

Sebelum itu, video berdurasi 3.15 minit itu dipercayai adalah sempena perayaan tahun baharu Cina yang bertajuk ‘Like a Dog’.

Ia memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing dengan aksi tarian lucah berdekatan bangunan Perdana Putra dan Masjid Putrajaya di Putrajaya.

Tambah Ismail Sabri, Namewee seperti sengaja mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadapnya

“Kita ada undang-undang dan kalau dibiarkan, dia mungkin buat lebih teruk lagi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2018 5:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: