Kategori Ekonomi

KDNK negara 2018 diunjur susut

14 NOV: Sebuah persatuan penyelidikan perniagaan bebas yang berpusat di New York meramalkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia menurun kepada lima peratus pada 2018 berbanding berbanding 5.5 peratus pada tahun ini.

Conference Board dalam laporan tinjauan Ekonomi Global 2018 berkata Malaysia bukan satu-satunya negara ASEAN yang berhadapan penurunan memandangkan pertumbuhan KDNK Thailand juga dijangka merosot kepada tiga peratus pada 2018 berbanding 3.8 peratus pada kadar semasa.

Laporan yang dikeluarkan pada Isnin itu juga menyebut kelembapan ekonomi Malaysia disebabkan faktor penurunan harga minyak dan harga komoditi lain serta tidak akan meningkat melepasi paras semasa pada tahun depan.

Bagaimanapun momentum ekonomi global secara keseluruhannya diunjur terus mencatat kadar pertumbuhan global pada tiga peratus.

“Pertumbuhan global akhirnya meninggalkan paras terendah sejak krisis ekonomi dan kewangan global, dan pertumbuhan KDNK, yang kami unjurkan berkembang pada kadar 2.8 peratus tahun lepas, mungkin mencatatkan kira-kira tiga peratus untuk 2017 hingga  2018,” kata Ketua Ekonomi Board Conference, Bart van Ark.

Pada masa sama, persatuan itu juga meramal momentum pertumbuhan ekonomi 2018 diunjurkan berkadar 2.1 peratus berbanding 2.2 peratus pada 2017.

Laporan itu juga memberi amaran mengenai risiko semasa kekuatan ekonomi global, walaupun penstabilan harga tenaga dan komoditi, keyakinan perniagaan yang lebih baik, pemulihan kitaran di Eropah, dan rangsangan pertumbuhan berasaskan dasar China.

Ia berkata dasar dan risiko geopolitik seperti Brexit, dasar Amerika Syarikat, krisis pelarian, keganasan, dan bencana alam juga boleh menjejaskan trend pertumbuhan ekonomi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 4:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]