Kategori Berita Utama

KDNK negara zaman BN bukan palsu- Lokman Adam

18 MEI: Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Lokman Adam membidas kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa kadar pertumbuhan ekonomi tahunan negara yang diumumkan BN sebelum ini adalah palsu.

Bagi membuktikan perkara itu beliau telah menghubungi beberapa orang terbabit untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Hasil yang diperolehi jelas ternyata apa yang dijelaskan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak benar dan sekali lagi hanya ingin mengelirukan rakyat.

“Saya telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr Uzir Tengku Datuk Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun bahawa ianya telah dipalsukan.  Ini disebabkan, segala data-data yang telah dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Walaupun Ketua Perangkawan kini bukan lagi berkhidmat dibawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangka kerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa.  Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Dr Mahathir sepatutnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa Tun mewarisi Kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Dattuk Seri Najib Razak.

“Sungguhpun rakyat kini sedar bahawa penipuan Dr Mahathir selama ini bahawa negara ini menuju kearah kebankrapan adalah tidak benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab sekiranya beliau menafikan KDNK Malaysia tahun lalu 5.9 peratus adalah antara yang tertinggi di dunia,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali.

“Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8 peratus berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Tun memerintah tahun 1986 iaitu 103.4 peratus berbanding KDNK.

“Saya sedar beliau kini tertekan kerana apa yang fitnah yang dibuat terhadap ekonomi Negara sebelum ini akhirnya dinafikan oleh Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Zeti yang mengumumkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rezab Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu RM 438 Billion,” ujarnya.

Katanya lagi Tun Mahathir sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul bag-bag yang kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Najib dan barang kemas serta beg yang dimiliki isteri beliau.

“Tun kena ingat, esok lusa jika DAP sudah tidak mahu mengunakan Tun yang hanya punyai 12 kerusi Parlimen, satu negara akan tonton keluarga Tun diaibkan pula.  Berapa beg dan berapa trak pula agaknya yang bakal digunakan untuk  angkut duit, barang kemas  serta kereta-kereta mewah milik anak-anak Tun.

“Masa tu baru rakyat akan bertanya macamana anak seorang Perdana Menteri yang datuknya hanya seorang guru, mampu memiliki harta yang berbillion ringit nilainya,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 11:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: