Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kebajikan tanpa sempadan politik terhadap mangsa banjir P.Pinang

9 NOV: Kebajikan tanpa sempadan politik.

Itulah yang ditegaskan Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dalam menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di Pulau Pinang demi meringkan beban mereka.

Menurut Azeez semua 15 pusat pemindahan akan diberi bantuan iaitu termasuk dalam 3 kawasan parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bagan.

“Ketika ini kami berada di parlimen Tasek Gelugor. Setiap tempat yang kami pergi semua mangsa bagi tahu makanan cukup tiada masalah menerima banyak bantuan daripada pelbagai pihak iaitu daripada kerajaan pusat, NGO termasuklah kerajaan negeri.

“Cuma mereka dalam proses nak pindah balik minta tilam, bantal, kain selimut dan sebagainya. Jadi Kelab Putera berada disini untuk hari kedua dengan membawa 40 buah kontena untuk kita agihkan. Semalam kita di Permatang Pauh, Seberang Jaya Selatan dan hari ini Seberang Jaya Utara merangkumi 8 parlimen secara keseluruhannya dan kita sedang membuat pengagihan mengikut arahan JKKP dan JKM.

“Kita gembleng tenaga mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Kelab Putera 1 Malaysia untuk tampil ke hadapan untuk membantu rakyat dalam daerah seluruh negeri Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui media di dewan penempatan mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, selepas selesai mengagihkan bantuan di Seberang Jaya, Kelab Putera 1 Malaysia akan ke bahagian pulau iaitu ke Bayan Baru, Bayan Lepas bagi mengagihkan bantuan di sana pula.

Jelasnya lagi ini adalah fasa pertama dan akan ada bantuan fasa kedua apabila semua mangsa banjir pulang ke rumah selepas situasi banjir ini reda.

“Apabila mangsa nak pindah balik dia mesti NBOS yang bakal dilakukan di antara NGOs, GLCs, GOCs, agensi kerajaan, kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini harus dilakukan untuk kita mengagihkan bantuan kepada seluruh rakyat yang memerlukan. Kita kena berhati-hati dari semua aspek kerana kita tak nak orang yang betul-betul memerlukan bantuan tidak dapat.

“Sebab itu hari ini kami jalan dibawah naungan PDRM dan PDRM akan mendapatkan semua maklumat yang tidak tahu warna politik kemudian mereka akan maklumkan macam mana keadaan mangsa semua, berada di tahap mana,” ujarnya lagi.

Tambahnya KP1M membuat perbincangan dengan NGO dan agensi lain yang memberi bantuan supaya tidak berlaku pertindihan barangan yang membawa kepada pembaziran.

Untuk fasa pertama 20 kotena keperluan asas iaitu 10 ribu tilam, 20 ribu bantal, selimut, susu bayi, pampers, tuala wanita, kain pelikat, sejadah, makanan dan banyak lagi keperluan asas yang lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2017 3:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: