Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

400 penumpang feri panik gara-gara belon udara

30 MAC: Lebih 400 penumpang feri Ekspres Bahagia dari Langkawi ke Kuala Perlis cemas selepas diarah keluar apabila ruang dapur feri itu terbakar sebaik hendak berlepas dari jeti Kuah jam 5 petang tadi.

Penumpang feri yang cemas berpusu-pusu berebut untuk keluar.

Penumpang feri yang cemas berpusu-pusu berebut untuk keluar.

Loceng kecemasan dibunyikan dan semua penumpang diarah meninggalkan feri melalui pintu depan dan belakang sehingga menimbulkan suasana panik.

Beberapa kru feri berkenaan kemudian kelihatan meninjau ruang di mana kebakaran dikatakan berlaku.

Namun keadaan dilapor terkawal dan feri berkenaan dapat meneruskan semula perkhidmatannya.

Feri ke Langkawi dapur terbakarBagaimanapun semua penumpang bersyukur kerana  bernasib baik kebakaran disedari ketika feri masih berada di jeti Kuah, bukannya selepas bertolak dan berada jauh di tengah laut.

Sementara itu di Putrajaya pula, sebiji belon udara panas terpaksa melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2, Ahad.

Dalam kenyataannya, pihak penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6, AKA Balloon Sdn Bhd, berkata belon dari Korea itu yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok jam 7.45 pagi tadi.

Belon emergency landing“Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya,” kata kenyataan AKA Balloon.

AKA Balloon juga memberi jaminan semua langkah telah diambil untuk menjamin keselamatan semua belon yang menyertai pesta anjurannya seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya.

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 itu disertai 18 belon udara panas dari seluruh dunia.-bnbbc.my

Putrajaya hot Balloon

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2014 7:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: