Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kebakaran di pusat jagaan orang tua, 5 maut

13 DIS : Lima maut dalam kebakaran di pusat jagaan orang tua Novel Care Home Centre di Sungai Long, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah seorang warden lelaki berusia 28 tahun manakala empat lagi adalah warga emas yang menghuni kediaman berkenaan yang kesemua mereka berusia dalam lingkungan 60 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pada jam 5.06 pagi.

“Seramai 13 anggota dan dua pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran terbabit.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah banglo dua tingkat yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, terdapat empat mangsa yang terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

“Usaha mencari mangsa dijalankan. Pihak kami menemui empat mangsa di tingkat bawah manakala seorang mangsa lagi ditemui di tingkat atas rumah berkenaan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2017 10:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: