Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kebebasan beragama di Malaysia terus terpelihara

1 JUN: Kerajaan Persekutuan mengamalkan konsep ‘wasatiyyah’ dalam memastikan kebebasan beragama dipelihara biarpun Islam adalah agama rasmi mengikut perlembagaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri, berkata kaum lain tidak dihalang mengamalkan agama masing-masing.

“Dalam Perlembagaan Negara itu ada disebutkan sebagai Islam adalah agama persekutuan negara ini,  manakala agama lain bebas untuk diamalkan,” kata Zahid.

Menurut beliau, statistik terbaharu mendapati Bumiputera beragama Islam di negara ini menjadi majoriti kaum di negara ini adalah sekitar 68 peratus.

“Menjelang 2050, kita menjangkakan ia meningkat kepada 80 peratus dan kita tidak mengenepikan agama lain untuk diamalkan di negara ini.

“Keadilan melalui pemerintahan yang adil ini menjadikan Islam itu indah, ” katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan bersama beliau di Masjid Rafeah, Taman Uda, Kedah.

Terdahulu, program berkenaan dihadiri 1,200 pegawai, keluarga serta kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berada di negeri Jelapang padi sempena Ramadan, selepas Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 June 2017 10:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: