Kategori Analisa Isu Semasa

KEBEBASAN MEDIA ALA PEMBANGKANG

29 MAC : Pemimpin pembangkang terus memukul canang mendakwa kerajaan menyekat kebebasan media.

Mereka merujuk kedudukan Malaysia dalam press freedom index bagi menguatkan tuduhan.

Apatah dengan terbaru keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak meluluskan permit bagi Malaysiakini  menerbitkan percetakan akhbar.

Persoalannya, bagaimana hendak mengamalkan kebebasan media jika pembangkang sendiri gagal mengaplikasikannya ?

mediabebasMalah isu saman menyaman apabila ada pihak yang tidak berpuashati terhadap laporan media mungkin juga penyebab kedudukan negara dalam press freedom index yang dikeluarkan oleh reporters without borders merosot.

Jika sebelum ini berada di tangga 145 kini turun ke 147. Dan semua ini berpunca daripada pembangkang sendiri yang sering membeza-bezakan sesama media.

Contoh terbaik adalah apabila ada suatu ketika Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang memaklumkan Utusan Malaysia tidak boleh membuat liputan.

Malah PKR sendiri menampal notis di depan pejabatnya menegah  Utusan dan TV3 membuat liputan.

Situasi ini sudah pasti melambangkan betapa berat sebelah yang diamalkan oleh sesetengah pihak.

shaberyok

Ahmad Shabery

 Bagaimanapun, di pihak kerajaan, sudah banyak perubahan yang menggambarkan keterbukaan terhadap pembangkang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata RTM banyak membuka ruang untuk parti pembangkang tampil dalam programnya namun adakalanya mereka sendiri yang tidak hadir.

Jadi tidak seharusnya pembangkang menunding jari pada kerajaan sedangkan ruang sudah diberikan. .

Malah Menurut Shabery, ini antara usaha beralih kepada sistem yang lebih demokratik iaitu dengan persekitaran yang sihat, kebebasan dalam bersuara dan berhimpun kepada semua pihak.

Dengan peralihan ini membuktikan kerajaan berusaha untuk menjadi pentadbir yang mengamalkan sistem demokrasi yang terbaik.

Disini jelas menyaksikan siapa sebenarnya yang menjadi punca kepada kemerosotan imej negara.

Suara-suara yang mengatakan kerajaanlah musuh utama kebebasan akhbar sama sekali tidak betul apabila memilih dalam pemberian permit sedangkan Filipina yang tidak lagi menguna pakai permit tetapi masih dalam ranking iaitu dibawah Malaysia.

Manakala Indonesia yang menggelar reformasi selepas tamatnya rejim Suharto tidaklah berada terlalu jauh daripada kedudukan Malaysia. Sama juga di Thailand..

Meskipun dalam Asian kedudukan yang boleh dilihat agak baik adalah Timor-Leste namun adakah kita hendak jadikan Timor-Leste sebagai model ? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh pembangkang.

Mungkin ramai yang tidak tahu kebebasan media bukan sahaja dilihat dari aspek permit tetapi ia juga mengambil kira suasana kerja, keyakinan, rasa bebas atau tidak seorang pemberita atau wartawan itu dalam membuat liputan.

“You ask, I saman misalnya. You tanya, saman. Sikit-sikit nak saman. Itu telah menurunkan kita punya press freedom index kita. Siapa yang selalu tanya? You tanya, saman. Sikit-sikit nak saman orang. Itu pun, bukan kena-mengena dengan kerajaan,” jela  Shabery ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu tidak perlulah untuk pembangkang terus memekak mahukan kebebasan media sedangkan mereka sendiri tidak faham apa sebenarnya istilah ‘kebebasan’ itu sendiri.

Tepuk dada tanya diri sendiri. – bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 March 2014 10:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: