Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kecoh luar mahkamah pengurusan kes LGE

30 SEPT: Pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, sedikit kecoh selepas sekumpulan penyokong Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang hadir untuk mendengar pengurusan kes rasuahnya hari ini, melakukan provokasi.

Bagaimanapun, kekecohan yang hampir menimbulkan pergaduhan itu dapat dikawal polis.

kes-lim-guan-engPekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu mula dipenuhi kira-kira 100 penyokong Guan Eng sejak jam 7.30 pagi.

Manakala 100 lagi yang berkumpul adalah kumpulan pendesak menuntut Ketua Menteri berkenaan meletakkan jawatan ekoran pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Guan Eng, 56, tiba di situ menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri pada jam 9.14 pagi bersama-sama barisan peguam beliau antaranya Gobind Singh Deo; Ramkarpal Singh dan RSN Rayer bagi mendengar pengurusan kes mahkamah membabitkan dirinya dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Bagaimanapun kelibat Li Koon tidak kelihatan.

Guan Eng sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

whatsapp-image-2016-09-30-at-11-13-36-amBeliau berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon, 44, pula mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan bersubahat dengan Ketua Menteri itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 September lalu bagi pengurusan kes namun tarikh itu dilapangkan dan ditetapkan ke hari ini.

Ini berikutan Li Koon melantik peguam baharu iaitu Hisyam Teh Poh Teik bagi menggantikan peguam terdahulu, Datuk K. Kumaraendran dan kes itu disebut di hadapan Hakim baharu iaitu Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 September 2016 10:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: