Kategori Berita Utama

Kedudukan Anwar selepas 14 hari jika tak minta pengampunan

12 FEB: Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli parlimen Permatang Pauh hanya akan ditentukan selepas tempoh 14 hari beliau dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari lalu.

Ketua Pembangkang itu akan hilang kelayakan tersebut jika beliau tidak mengemukakan petisyen pengampunan dalam tempoh tersebut, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

pandikaranwar

Pandikar Amin dan Anwar

Katanya, jika ada petisyen tersebut ,kedudukan Anwar hanya akan diputuskan selepas petisyen itu selesai.

Dalam kenyataannya, Pandikar Amin menjelaskan, merujuk kepada penghakiman tersebut, kehilangan kelayakan Yang Berhormat  Permatang Pauh sebagai ahli parlimen hendaklah dibuat selaras dengan Perlembagaan  Persekutuan.

“Di bawah perenggan  (a) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli parlimen hendaklah mula berkuasa kuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh YB Permatang Pauh disabitkan dan dihukum.

“Sekiranya YB Permatang Pauh memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dan tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan sebagai mana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan,” jelas Speaker itu.

Pandikar Amin berkata, beliau akan mengemukakan pemberitahuan selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan Anwar sebagai ahli parlimen mula  berkuatkuasa mengikut Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman penjara terhadap Anwar selama lima tahun  erana kesalahan jenayah meliwat di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Dewan Rakyat akan hilang kelayakan atau kerusi yang dimenangi jika dihukum penjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.

Setakat ini belum ada kenyataan  rasmi di pihak Anwar untuk mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di Pertuan Agong berhubung hukuman terhadap Anwar.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 4:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: