Kategori Berita Utama

Kedudukan Rafizi boleh bertanding PRU14 belum boleh dipastikan

8 FEB : Kedudukan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli masih lagi tidak dapat dipastikan sama ada layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, ia terlalu awal untuk beliau memberi komen tentang perkara tersebut kerana hukuman terhadapnya baru sahaja dijatuhkan hari ini.

“SPR ingin menjelaskan bahawa buat masa ini adalah terlalu awal untuk SPR memberi sebarang komen berhubung kedudukan beliau sama ada boleh atau tidak untuk beliau bertanding pada PRU14 nanti memandangkan kes tersebut hanya akan menjadi muktamad selepas semua proses perundangan berkaitannya di selesaikan sepenuhnya kerana beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan.

“Buat masa ini kedudukan beliau selaku Ahli Parlimen Pandan adalah kekal, ” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank termasuk milik National Feedlot Corporation (NFC) pada 2012.

Hakim Zamri Bakar memutuskan demikian dalam penghakimannya selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh.

Bagaimanapun, beliau membenarkan penangguhan hukuman ke atas mereka sehingga keputusan rayuan dengan mengekalkan kos ikat jamin RM15,000 seorang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2018 2:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: