Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kehadiran Najib gamatkan bazar Ramadan Paroi

2 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesempatan berkunjung ke bazar Ramadan berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan hari ini.

Beliau yang tiba pada jam 5 petang, diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut beramah mesra dengan para peniaga dan orang ramai.

Kehadiran pemimpn nombor satu negara itu ternyata mendapat perhatian orang ramai sehingga terdapat pengunjung yang mengambil kesempatan bersalaman serta bergambar bersama.

Dalam kunjungan itu, Najib dilihat membeli  pelbagai juadah berbuka puasa seperti ayam golek, kuih-muih tradisional, otak-otak dan lauk-pauk kampung.

Perdana menteri turut mengagihkan bubur lambuk bersempena program Kembara Negaraku, kepada pengunjung bazar.

Sejurus itu, Najib dijadualkan menghadiri majlis perasmian Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan peringkat Negeri Sembilan di Masjid Paroi Jaya serta bersolat terawih di situ.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 June 2017 6:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: