Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Raja Muda Perlis: Keharmonian kaum asas kejayaan negara

25 DIS: Keharmonian antara kaum, toleransi dan saling memahami merupakan resipi kejayaan negara yang harus dipertahankan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu menyemai semangat patriotik.

“Contoh terdekat ialah negara jiran, Thailand yang suasana harmoni rakyatnya merentasi sempadan agama dan budaya,” titah baginda selepas menyerahkan sumbangan MAIPs kepada Sekolah Agama (Maktab) 25, Charoen Krung 36 Road, Bangkrak, Bangkok petang semalan.

Kenyataan itu dikeluarkan hari ini di Kangar.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan kepada wakil sekolah berkenaan, Thanarat Watcharap-isud yang mempunyai 40 pelajar.

Sementara itu, baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berharap rakyat Perlis yang meraikan Hari Krismas, merayakan sambutan itu dengan penuh rasa gembira serta saling menghormati dan bertolak ansur.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2017 8:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: