Kategori Berita Utama

Kehilangan Jho Low, INTERPOL belum salur maklumat – TPM 

23 OKT: Kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima sebarang maklumat daripada INTERPOL bagi mengesan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terbabit dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya yakin risikan agensi antarabangsa itu dibuat secara professional.

“Kita memamg ada kemukakan permintaan kepada INTERPOL untuk mencari dimana orang yang dimaksudkan Ahli Parlimen Gombak.

“Buat masa ini, PDRM belum memperolehi sebarang maklumat, namun apa yang dilakukan agensi perisikan di peringkat antarabangsa sudah dimuktamadkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukak wakil rakyat PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat, Isnin.

Terdahulu Azmin meminta kementerian menjelaskan sama ada kerajaan sudah memohon bantuan Interpol dalam mengesan Jho Low yang dikatakan hilang dari pandangan umum.

Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang merupakan salah seorang individu yang dikehendaki berhubung siasatan berkaitan 1MDB oleh Pasukan Petugas Khas yang pernah diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Siasatan itu bagaimanapun ditamatkan selepas Tan Sri Mohamad Apandi Ali menggantikan Gani pada 2015.

Pada awal 2016, Apandi mengumumkan tiada salah laku oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam transaksi melibatkan 1MDB.

Jho Low kini hilang dari pandangan umum, tetapi dipercayai menetap di China.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 11:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: