Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kejohanan Golf Raja Muda, bantu kurang bernasib baik

19 NOV: Anak syarikat kerajaan negeri Selangor,  Worldwide Holdings Berhad terus menganjurkan  kejohanan Golf Jemputan Raja Muda, bertujuan menyumbang ke arah pembangunan modal insan melalui Yayasan Raja Muda Selangor.

Kejohanan kali ini bertempat di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan.

Ia juga bertujuan untuk menguji kehebatan peserta bagi merebut trofi Kejuaraan Golf Jemputan Raja Muda.

Worldwide Holdings Berhad sebagai penaja utama buat tahun ketiga berturut-turut berkata, penganjuran tersebut adalah untuk menyumbang ke arah pembangunan modal insan melalui Yayasan Raja Muda Selangor.

Ia juga serta untuk membantu anak-anak muda yang kurang bernasib baik yang mempunyai bakat dan kemahiran tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran atau memperkembangkan bakat dan kemahiran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria turut berkata, tahun ini merupakan buat kali kedua Worldwide Holdings mengekalkan peningkatan penajaan sekaligus membolehkan sumbangan kepada Yayasan Raja Muda banyak RM500,000.

“Sumbangan ini sebagai tanda sokongan kepada usaha  bagi mencungkil bakat-bakat muda yang berpontensi besar yang akan dipilih khas untuk dilatih dan dibimbing oleh mentor yang berpengalaman dalam mengembangkan bakat mereka.

“Program sebegini diberi fokus sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk melahirkan lebih ramai anak muda yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang,” katanya.

Tahun ini, inisiatif penganjuran Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Selangor 2017 mengumpul sumbangan sebanyak RM1.27 juta hasil sumbangan daripada 22 pihak yang terlibat seperti pihak berkuasa tempatan, anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat korporat lain seperti Eco World Dev Group Bhd, Trans Loyal Development, Kwasa Land Sdn Bhd, Island & Peninsular, Prolintas, AEON & LBS Group.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2017 10:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: