Kategori Berita Utama

Kekalkan Anwar Penasihat Ekonomi, lakonan jaga politik PR

12 FEB: Tindakan Mohamed Azmin Ali yang mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor adalah lakonan demi menjaga kepentingan politik kepartian PR khususnya.

Jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, tindakan Menteri Besar Selangor itu ternyata hanya ingin menunjukkan kesetian beliau terhadap Ketua Pembangkang itu meskipun Anwar tidak pernah mengiktiraf Azmin untuk memegang jawatan tersebut.

nohazmin“Apakah benar yang Azmin merupakan penyokong setia kepada Anwar atau dia sendiri mempunyai agenda di sebaliknya? Saya bercakap macam tu sebab umumnya orang tahu yang Anwar tidak mengiktiraf Azmin pun untuk menjadi Menteri Besar sebab dia nak letak Wan Azizah asalnya sebagai MB, disitu kita dah nampak sama ada Anwar iktiraf Azmin atau tidak.

“Kemudian kalau betul Azmin diiktiraf Anwar, masakan Anwar membiarkan Azmin dicabar Setiausaha Agung PKR sendiri, Saifudin Nasution ketika itu untuk jawatan Timbalan Presiden?” soalnya ketika dihubungi BNBBC.my.

Tambah Noh lagi dua bukti itu cukup jelas membuktikan bahawa Ketua Pembangkang sememangnya tidak mengiktiraf Azmin sama ada dalam kerajaan negeri mahupun dalam parti.

Terdahulu, Azmin dalam kenyataannya menyatakan Anwar tetap akan dikekalkan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor meskipun beliau dipenjarakan.

Jelas Azmin lagi, ia tidak menjadi masalah untuk mendapatkan nasihat daripada Ketua Pembangkang itu meskipun Anwar di dalam penjara.

azmin n anwarTambah Noh lagi, Azmin turut dilihat mempunyai agenda sendiri supaya mendapat sokongan daripada ahli PKR untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

“Bila orang lihat kesetiaan dia terhadap Anwar, orang akan fikir Azmin adalah adalah seorang pemimpin yang sangat bagus, kemudian diberi kepercayaan oleh ahli PKR untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang.

“Setiap daripada mereka pasti ada agenda yang tersurat dan tersirat, kalau tidak, untuk apa Azmin terus setia walaupun tak diiktiraf.

“Di situ sahaja kita boleh fikir apa relevannya,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 5:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: