Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kekosongan kerusi Lenggeng dimaklum SPR

19 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan menghantar notis rasmi kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Lenggeng berikutan kematian penyandangnya, Datuk Ishak Ismail semalam.

Speaker DUN, Datuk Dr Awaluddin Said berkata beliau sudah meminta pihak urusetia Dewan menyediakan dokumentasi termasuk sijil kematian untuk dihantar.

“Jika siap semuanya, kita akan hantar petang ini juga dan terpulang kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Masjid Khariah Paroi Jaya, Negeri Sembilan, Rabu.

Ishak, 66 meninggal dunia pada 11.25 malam tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin  Norimah Ujang serta  empat orang anak.

Beliau  meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah dan jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Genting, Pantai selepas solat Zuhur.

Pada pilihanraya umum lalu, Ishak menang dengan majoriti 2,058 undi menewaskan Zulkefly Mohamad Omar (PAS) dan Zulkifli Abdullah (Bebas).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 July 2017 2:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: