Kategori Berita Utama

Kekukuhan ekonomi negara tarik pelabur luar

23 FEB: Ekonomi negara yang kuat dan mampan menjadi daya penarik untuk syarikat luar melabur di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi sudah menampakkan hasil yang menyaksikan pertumbuhan pesat ekonomi dalam banyak bidang serta menarik banyak perniagaan luar ke Malaysia.

“Banyak negara dari luar mahu menjalankan perniagaan dengan kita kerana kekuatan ekonomi, kemampanan dan sentiasa berprestasi tinggi.

“Program Transformasi Ekonomi yang kita laksanakan pada 2010 sudah berhasil dan berterusan membuahkan hasil,” kata Najib semasa menyampaikan ucaptama pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Kewangan dengan syarikat Korea Selatan, SK Group di Hotel Mandarin Oriental hari ini.

Menurut beliau, pengukuhan ekonomi termasuk berjaya mewujudkan 2.26 juta pekerjaan baharu, mengekalkan kadar penggangguran dan inflasi pada tahap rendah dan menikmati pertumbuhan ekonomi yang sihat setiap tahun termasuk pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.9 peratus tahun lalu.

“Saingan untuk pelaburan asing sangat sengit, tapi berjaya menarik pelabur ke negara ini kerana banyak tawaran menarik yang ditawarkan.

“Persekitaran perniagaan yang stabil dan membangun, asas yang kuat, tenaga kerja berbakat, lokasi strategik dan inovasi yang kreatif dihasilkan oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, aliran masuk bersih pelaburan asing yang mencecah RM10.8 bilion ke dalam pasaran ekuiti negara, tertinggi sejak 2012, juga membuktikan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi negara dan cara ia dikendalikan.

“Oleh itu, saya berharap kita dapat mencapai lebih lagi pada 2018,” katanya.

Melihat ke depan, Najib berkata Malaysia kini ke arah melaksanakan inisiatif TN50 yang disasarkan untuk melonjak negara setara dengan 20 negara terbaik di dunia.

“Menerusi Transformasi 2050, kami mengumpulkan pandangan dan suara daripada berjuta rakyat Malaysia ke arah merancang bersama untuk negara yang mahu dicita-citakan mereka menjelang abad ke-21,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 February 2018 3:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: