Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kelab Pesara perlu neutral, bukan sokong kerajaan PH

13 JUN: Kelab Pesara sewajarnya bersikap neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang.

Menurut Ahli Jawatankuasanya Tan Sri Ibrahim Abu Shah ini kerana penubuhan kelab tersebut adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli yang sebahagian besar mendapat bantuan dan persaraan daripada pihak Kerajaan.

“Mereka berpendapat bahawa mereka sepatutnya menyokong Kerajaan pada hari ini. Saya hanya memaklumkan keputusan Mesyuarat Agung tersebut yang mana saya sendiri tidak hadir di Mesyuarat Agung tersebut. Saya tegaskan bahawa saha hanya memaklumkan perkara ini dan keputusan ini adalah keputusan yang dibuat oleh AGM.

“Sebagai ahli UMNO yang setia, saya tetap menyokong perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya. Perjuangan UMNO dan BN sejak dahulu harus sentiasa dikenang dalam proses pembangunan dan kemajuan Negara Malaysia,”  katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pengesahan surat yang diberikan kepada pesara kerajaan agar menyokong calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Katanya surat tersebut adalah benar dan ia dikeluarkan oleh Kelab Pesara setelah mereka tidak berjaya untuk menghubungi Presiden Kelab, iaitu Tan Sri Aseh Che Mat.

Bagi mendapatkan pengesahan tersebut beliau telah dihubungi portal Malaysiakini sebelum ini dan penjelasan yang sama telah diberikan kepada mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 10:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: