Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kelantan bincang isu Hudud dengan PM

26 NOV: Pelaksanaan hukum hudud antara isu utama akan dibangkitkan Kelantan apabila Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelak.

Ahmad berkata, beliau berhasrat menyatakan pendirian kerajaan negeri, iaitu ia mahu terus memperjuangkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Kita akan memberitahunya pendirian kita dan hasrat kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud,” katanya kepada pemberita di pejabat di Kota Bharu, Selasa..

umnopas1Beliau berkata, pihaknya menyambut baik isyarat daripada Najib yang terbuka untuk mengadakan muzakarah dengan beliau.

Menurutnya, beliau menghantar surat kira-kira dua bulan lalu meminta untuk membuat kunjungan hormat pertama ke atas Perdana Menteri setelah dilantik menjadi Menteri Besar yang baru selepas pilihan raya umum Mei lalu.

Ahmad berkata, dalam pertemuan itu beliau juga akan membangkitkan berapa isu lain, termasuk pembangunan infrastruktur di Kelantan.

“Selaku Menteri Besar yang baru, saya amat berharap kunjungan hormat itu akan mewujudkan hubungan kerajaan dengan kerajaan,” katanya.

Beliau kini sedang menunggu pejabat Najib menetapkan tarikh pertemuan.

Najib pada Isnin menyatakan UMNO bersedia bermuzakarah dengan PAS dalam soal berkaitan Islam dan bersedia bertemu Menteri Besar Kelantan itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2013 5:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: