Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kelantan lulus tanah tanpa dokumen sokongan

2 DIS: Kegagalan kerajaan Kelantan dalam menguruskan projek ternakan atas tanah rizab padang ragut haiwan adalah berpunca kerajaan negeri itu meluluskan permohonan mendapatkan tanah daripada pemohon tanpa mengemukakan dokumen sokongan.

Berdasarkan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012,sebanyak 110 permohonan diluluskan tanpa menyertakan dokumen sokongan seperti kertas kerja projek dan juga dokumen kemampuan keewangan.

Berpunca daripada perkara ini, beberapa tanah yang diluluskan gagal diusahakan dengan baik termasuk disalah guna membabitkan kawasan rizab di daerah Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh.

odit12“Setiap pemohon yang berjaya hendaklah memulakan projek atau aktiviti berkenaan dalam tempoh enam bulan selepas diluluskan dan memajukan serta menggunakan kawasan rizab ragut sepenuhnya.

“Ketiadaan dokumen sokongan tersebut menyebabkan tanah rizab ragut haiwan yang diluluskan tidak diusahakan, tidak diusahakan sepenuhnya atau berterusan, diusahakan oleh pihak lain dan disalah guna.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) hendaklah memastikan setiap permohonan untuk mendaoat tanah rizab ragut haiwan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti mempunyai modal, pengalaman dan berdaya maju bagi memastikan pengusaha yang layak sahaja dipilih,” memetik Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Laporan itu juga turut mendedahkan sebanyak 841.0 hektar tanah rizab yang diluluskan untuk kegunaan padang ragut di tiga kawasan yang terlibat gagal diusahakan dengan baik sehingga projek ini dilabelkan sebagai projek yang tidak memuaskan.

Secara keseluruhan, prestasi projek ini menunjukkan hanya 11% yang berjaya berbanding 89% lagi gagal mencapai tujuan asal permohonan untuk projek ternakan atas tanah rizab negeri.

Pendedahan ini menunjukkan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan menguruskan soal tanah disamping tiada pemantauan susulan yang dijalankan oleh pihak yang sewajarnya dalam memastikan setiap projek yang dijalankan berjaya bagi meningkatkan taraf ekonomi negeri.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2013 8:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: