Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keluar parti: BN bincang selepas Zahid pulang

13 JUN: Barisan Nasional (BN) akan membincangkan nasib gabungan parti itu selepas Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pulang daripada menunaikan umrah di Makkah.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tindakan empat parti tempatan Sarawak keluar BN itu memperlihatkan sifat sebenar siapa kawan dan lawan.

“Jika mereka mengambil keputusan begitu, apa lagi yang boleh kita buat, apabila kita jatuh, sebagai sahabat kita perlu bersama tetapi sejak mereka memilih laluan itu (keluar BN), apa lagi boleh kita lakukan.

“Saya sedang menunggu kepulangan Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (dari menunaikan umrah) dan akan berbincang lanjut mengenai perkara ini. Jika BN perlu bubar, apa lagi boleh buat selepas lebih 60 tahun berkhidmat sebagai kerajaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) meninggalkan BN dengan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, UMNO akan menilai situasi politik yang berlaku kini dan melihat sama ada mampu berdiri sendiri atau menubuhkan gabungan lain.

“Apabila kita jatuh, kita sepatutnya kekal bersama tetapi kini kita tahu niat sebenar mereka. Idealisme parti komponen ialah berjuang dengan rakyat dan negara,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 8:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: