Kategori Berita Utama

Keluarga Azizan terima permohonan maaf Muhyiddin

Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Razak sudah menerima permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya yang didakwa PAS sebagai menghina bekas Menteri Besar Kedah itu.

Mohd Rafi’ie, anak Azizan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat Muhyiddin, semalam.

tpmcinasglimau

Muhyiddin di majlis bersama masyarakat Cina sekitar DUN Sungai Limau.

Berita itu disampaikan Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir kepada Muhyiddin sebaik sahaja menerima sms daripada Mohd Rafi’ie.

Muhyiddin melahirkan kesyukuran permohonan maaf beliau atas kenyataannya diterima keluarga Azizan.

“Saya syukur kerana teks yang dikemukakan anakanda beliau (Azizan) menyatakan keluarganya telah terima mohon maaf saya,” katanya selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Pusat Operasi BN di Sungai Limau Dalam, Rabu.Katanya, anak kelima Azizan, iatu Mohd Rafi’ie, telah menghantar maklumat kepada Mukhriz bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh beliau semalam.
Muhyiddin berharap isu itu dianggap selesai dan tidak lagi akan dibangkitkan.

Isnin lalu, PAS termasuk Dewan Pemudanya mendesak supaya Muhyiddin menarik balik kenyataannya yang didakwa mereka mengaitkan isu pemansuhan subsidi gula dengan penyakit kencing manis Azizan yang dididakwa telah menyinggung dan mengguris hati keluarga bekas menteri besar Kedah itu.

Berikutan itu, Muhyiddin semalam membuat permohonan maaf semasa lawatannya di Bukit Choras, namun menafikan kenyataannya mempunyai unsur penghinaan dan bertegas ianya diputar belitkan, selain meminta pihak yang membuat tuduhan menyemak semula rakaman ucapannya di SMK Sungai Limau, Sabtu lalu. -30/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2013 8:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: