Kategori Berita Antarabangsa

Keluarga diraja Britain berkongsi gambar Puteri Charlotte

2 MEI: Instagram rasmi Keluarga diraja Britain memuat naik gambar terbaharu anak kepada pasangan Putera William dan Kate Middleton iaitu Charlotte sempena ulang tahun kedua puteri itu.

Gambar terbaharu itu dimuat naik ke laman Instagram Kensington Royal, semalam untuk tatapan umum.

Berdasarkan kepada maklumat dipaparkan, gambar terbabit diambil pada bulan April oleh ibunya  di Anmer Hall, iaitu rumah terpencil di Norfolk terletak di timur England.

Sekeping gambar itu menunjukkan puteri comel itu memakai pakaian kardigan kuning serta klip rambut berwarna biru di rambutnya.

“William dan Kate mengucapkan terima kasih atas ucapan indah anda dan berharap semua orang gembira untuk melihat gambar Puteri Charlotte,” kata jurucakap Istana Kesington dalam Instagramnya.

Charlotte dilahirkan pada 2 Mei 2015 adalah wanita di tangga keempat untuk menaiki takhta keluarga diraja itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2017 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: