Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keluarga larang Nik Omar jadi imam

18 MEI: Anak bekas Musyhidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, di Kota Bharu.

Beliau berkata, keputusan itu dimaklumkan adiknya Nik Abdul selepas solat Subuh pagi tadi bahawa itu adalah keputusan keluarga.

Nik Omar percaya ini ekoran tindakannya menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berkata, beliau perlu menanggung keputusan tersebut tetapi ia tidak akan menyebabkannya berundur daripada PAN..

Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat.

Ia adalah hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 7:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: