Kategori Berita Antarabangsa

Keluarga Osama Laden maut nahas jet

1 OGOS:  Ahli keluarga Osama Bin Laden adalah antara yang terbunuh dalam kemalangan jet di Britain semalam, menurut Kedutaan Arab Saudi pada Sabtu, menerusi mesej ucapan takziahnya.

Empat disahkan maut apabila pesawat yang berdaftar di Arab Saudi itu, terhempas di atas kawasan lelongan kereta, di Selatan England, semalam sebelum terbakar.

Polis tempatan berkata, juruterbang dan tiga penumpang meninggal ketika jet Phenom 300 itu sedang cuba untuk mendarat di Lapangan Terbang Blackbushe di Hampshire.

Tiada sebarang kecederaan dikesan berlaku di sekitar kawasan kemalangan. Kedutaan Arab Saudi “merakamkan ucapan takziah kepada anak lelaki Mohammed bin Laden dan saudara maranya atas kejadian insiden pesawat terhempas yang membawa ahli keluarga mereka di Lapangan Terbang Blackbushe,” mengikut kenyataan disiarkan menerusi akaun rasmi Twitter kedutaan berkenaan.

nahas jet bunuh keluarga osamaBagaimanapun tidak dapat dikenal pasti identiti mangsa yang terbunuh itu. Kedutaan berkenaan juga memaklumkan, mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa British dalam siasatan berhubung kemalangan selain membawa pulang jenazah mangsa ke Arab Saudi.

Mohammed iaitu bapa kepada Osama Bin Laden adalah usahawan ulung dalam industri pembinaan dan beberapa keturunannya turut muncul sebagai ahli perniagaan berjaya menerusi pelbagai bidang. Mohammed Bin Laden sendiri terbunuh dalam kemalangan pesawat di Arab Saudi pada 1967.

Anaknya, Osama, bekas pemimpin ulung kumpulan rangkaian militan Al-Qaeda pula, ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika Syarikat di Pakistan pada 2011.

Pihak berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pesawat yang terhempas itu berdaftar di negara Teluk, selain menyatakan sedia bekerjasama dengan penyiasat British bagi mengenalpasti punca kejadian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 August 2015 4:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: