Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keluarga Prebet Adam minta ampun

12 APRIL: Keluarga Prebet Adam Jaafar memohon keampunan daripada keluarga Diraja Sultan Johor.

“Saya minta maaf kepada keluarga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan abang saya, Prebet Adam,” kata Hawa Jaafar yang dipetik BH Online, Khamis.

Kenyataan itu sekaligus menafikan bahawa seorang lagi adiknya didakwa dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat di bawah baginda.

Tambah Hawa (foto) mereka sekeluarga terpaksa menahan malu selama 30 tahun kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

“Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan,” katanya di Georgetown.

Pada masa sama, wanita berusia 53 tahun itu turut menolak dakwaan keluarganya menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan

“Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 1:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: