Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keluarkan kategori ‘bangsa’ dalam borang rasmi

22 FEB : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup mencadangkan kategori ‘bangsa’ di semua borang-borang  rasmi di negara ini dikeluarkan.

Katanya, Malaysia perlu mengambil langkah utama ke arah mewujudkan satu identiti kebangsaan tunggal dengan langkah tersebut.

Menurut beliau, adalah menyedihkan apabila rakyat Malaysia masih dibahagikan dengan identiti kaum dan agama walaupun selepas 50 tahun merdeka.

josephkurup

Joseph Kurup

“Mungkin sudah tiba masanya kita membuang keperluan untuk menyatakan bangsa kita pada mana-mana borang di negara ini,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pelancaran Dialog Perpaduan ‘Suara Akar Umbi’ di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, Sabtu.

“Tetapi ia terpulang kepada ahli-ahli majlis yang lebih mengetahui untuk mencadangkan ini kepada kerajaan,” katanya.

Joseph juga menekankan tentang perdebatan sejarah negara kerana ia telah ditafsirkan secara berbeza untuk Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

“Satu lagi ironi dalam kenegaraan kita apabila selepas lebih daripada 50 tahun, kita masih membahaskan persoalan tentang asas sejarah.

“Bagi mereka di Semananjung, sejarah bermula dari Tanah Melayu ke Malaya dan kemudian Malaysia.

“Sementara itu, bagi Malaysia Timur, ia adalah dari Sabah atau Sarawak kemudian ke Malaysia.

“Jadi yang mana lebih penting, 31 Ogos atau 16 September?” soal beliau.

Joseph yang juga menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara, berkata isu itu timbul apabila rakyat Malaysia mula melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia, bukan mendasarkan identiti mereka pada bangsa dan agama.

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2014 4:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: